Tuesday, March 6

cornetto falsetto

secara kasarnya, falsetto diterjemahkan
sebagai bunyi key tinggi tapi sebenarnya,
tak la tinggi tara mana.

contoh penggunaan falsetto ialah apabila
bapuk-bapuk menyanyi lagu britney spears,
sedangkan jelas suara mereka kasar seperti
suara gilbert gottfried.

ataupun, bagi peminat kumpulan permaisuri
zaman batu (qotsa), lagu 'i never came'
adalah contoh suatu lagu yang dinyanyikan
oleh j. ho di mana 'key'nya tidak dapat
dicapai oleh 'operatic range' mamat tersebut.

kerana mamat tu malas nak pi kelas vokal
siti hajar, dia mengambil jalan pintas
dengan mengamalkan falsetto semasa sesi
rakaman.

hasilnya, lagu 'i never came' adalah satu-
satunya lagu qotsa yang meniti sempadan
di antara sedap dan 'rasa-nak-tikam-gegendang
-telinga'.

contoh lain termasuklah filem melayu 'rock'
(rasa-rasanya tajuk dia rock kut)
lakonan que haidar. dia menjadi 'lead
singer' kepada sebuah 'hair band' dan
falsetto tak hingat, macam esok dah tak
buleh falsetto.

i don't have any comments on the subject
of cornetto.

yang benar,
ong chai peng.

No comments:

Post a Comment