ada satu saudagar yahudi
tinggal di-dalam negri italy
makan bunga kuat skali
di-mana pergi orang benchi
pasal pujok serta temberang
nama shylock banyak terang
pegang gadai amek barang
yahudi ini pandai saorang
bagaimana orang tak benchi
kapada ini satu yahudi
dia sperti satu gergaji
sorong makan kanan kiri
antara belom lidah-nya kelu
belom minom mahu mabok dahulu
kemdian minom bagi selalu
simpang lorong buleh di-lalu
mabok sedikit banyak mulot
tahan jugak dia bergelot
yang mabok sunggoh maki berkalot
hal-nya dia terjoon selot
No comments:
Post a Comment